Pilih , makanan atau phone!

Assalamualaikum .

Phone rosak? Dalam poket ada seratus . Pilih makanan atau phone?

MY NOKIA X5

Kenapa awak rosak gegirl kesayangan (T___T)v . Saya perlukan awak . Macam mana saya nak pastikan ada kelas ke batal kalau awak takde. Macam mana saya nak bincang assignment kalau awak takde. Macam mana saya nak amik gambar lab report kalau awak takde. Macam mana saya nak dengar lagu bila ngantuk study tengah malam kalau awak takde. Macam mana saya nak contact  family saya kat Kedah nuh kalau awak takde. 

Awak.....Janganlah mcm ni....Bangunlah awak....Janganlah gelap je..... *panggg sepak diri,dah mcm pompuan gila dah.huahuahua

Ok setelah segala rintihan aku tak dilayan oleh phone jambu kesayangan hati, beliau yang terus menerus menggelapkan skrinnya membuat aku nekad.

Tattara taraaa~ Phone baru. Kihkih.... Aku beli ni kat Pekan Pilah RM75. So Rm25 dalam poket tu aku buat makan sampaiiiii hujung bulan.Apa lagi , maggie la jawabnye kan....(13 days more to go)

Syhhhhh mak aku tak perlu tahu nanti potpetpotpet. Bapak aku pun tak perlu tahu nanti nak kena hantar duit lagi . Selagi boleh hidup aku tak nak menyusahkan sesiapa . :)

Allah , bantulah aku jadi anak yang menyenangkan hati ibu dan bapaku . Aku tak mahu hidupku sekadar menyusahkan . Walaupun tak mampu nak balas jasa mereka, semoga aku dapat sekurang-kurangnya mengukir senyuman mereka suatu hari nanti . :')


Siapa tak rindu mak ayah bila jauh kan. Tapi bila aku call siang hari mak ayah takde kat rumah, bila aku call malam , mak ayah dah tidur. Tak apa, semoga Allah terus merahmati dan memberkati hidup mereka yang selama nie dah bersusah payah membesarkan aku.Duhai HATI, sila menjadi kental sekental kentalnya. 

Buat adik-adik aku yang baca entry aku (terutama Yana) , tolong jangan cakap pasal hal ni di rumah . Thanks :)

K assalamualaikum .

Post a Comment

23 Comments

  1. Takpe2 ! ! Kirimkan doa dan kejayaan kepada mereka :")

    * sama macam fon kita :)

    ReplyDelete
  2. dua2 penting. syukurlah dua2 dapat. :)

    ReplyDelete
  3. @Chic Na haha tapi sesak sikit la makan tu...

    ReplyDelete
  4. alaaa kesiannya. lain kali jangan beli hp yg slide atau flip. lagi2 kalau kita ni kaki msj and ade boyfriend. hihi

    ReplyDelete
  5. @si gadis melayu haha betul tu..lepas ni tanak cari yg slide dah...cuma nak yg keypad qwerty je...

    ReplyDelete
  6. ehh hp kita sama la , kita punya Pink. hehe~~~

    ReplyDelete
  7. @Michelle Hopell hahaha... yeayyy sama... give me 5..

    ReplyDelete
  8. phone didahulukan. sebab hana bab2 makan ni kurang sikit. walaupun makan ni perlu :)

    ReplyDelete
  9. betul tu hana...phoneeee pentinggg....

    ReplyDelete
  10. MM pon guna henpon cikai2 jer.. Nak masuk lagu pon takleh.. Tak penting kot henpon mahal2.. Janji leh contact family, kawan2, yang tersayang.. =)

    ReplyDelete
  11. hrmmm dedua penting tu heheheh

    ReplyDelete
  12. fon penting jugak..mak ayah tepon tak dapat nanti, kompem risau bebenor dorang....

    ReplyDelete
  13. ada duit keluar,ada duit masuk..insyallah ada rezeki lain masuk nnti :)

    ReplyDelete
  14. Patutnya beli handphone jenis Alcatel. Baru RM45. Cuma brand Alcatel ni dah agak lama. Zaman aku sekolah dulu. Tapi memang tahan. Aku ada satu buat spare.


    Apapun, aku tertanya-tanya. Bagaimana agaknya orang dulu-dulu belajar di U tanpa h/p. Elok sahaja di akhirnya grad macam orang lain juga. Hahahah.

    ReplyDelete
  15. hnfon skrg dh jadi keperluan.. penting.. hehehe

    ReplyDelete
  16. sabar yer..apepun dua2 penting jugak tu :)

    ReplyDelete
  17. Akak sedang di uji oleh yang di Atas. Bersabarlah :)

    ReplyDelete
  18. hihihi sabar ya...mungkin ada hikmah tue...

    ReplyDelete
  19. alahai sian nya dia....
    awat xciter kat kat abg ni..
    kalau x dh boleh tlong ha....
    ish3...
    boleh je pnjam hndset abg ha....
    sbb abg ade 2 hndset lbih...
    huhuhu...
    pape pun smoga adik tabah ye... ;)

    ReplyDelete