Yang tua dihormati , yang muda disayangi .

Assalamualaikum .

Cakap pasal sombong ,ego , berlagak tak ketahuan hala . Ermm entahlah kadang-kadang Mai tak tahu lah nak handle manusia macam mana. Tambah-tambah perempuan . Konon bila PMS , gila babeng nak moody tak kira manusia nak sembur , tak kira salah nak maki hamun . Konon bila stress nak buat sentap mak nokk , nak buat tak nak bertegur sapa .

Kenapa macam nie? Mai pun perempuan , tp perlukah nak PMS bagai . Marah itu marah ini . Memang la kalau hormon tak stabil ke sakit perut gila sampai menjerut-jerut ke , tak perlulah kan nak lepaskan kat orang sekeliling . Perlu ke? 

Stress nak quiz,test,final. Perluke nak sentap sentap sampai taknak bertegur dengan orang lain . Perlukah nak tarik mulut muncung sampai boleh nak sidai baju dah kat bibir tu. Kalau lawa mcm angelina jolie ke takpe la boleh la dimaafkan (rupalistik gile aku) . 


K lah aku tak kisah dah siapa nak tak suka + menyampah + benci aku sekalipun nak layan aku macam batu pun . 

Sebab hidup aku dah penuh dengan kasih sayang . Keluarga bahagia + si dia yang budiman + kawan-kawan yang super sweet(include follower tercinta), eh ape lagi yang aku perlukan. Syukur pada-Mu Allah atas hati yang penuh dengan kasih sayang sampai aku tak sempat nak berdengki ngan orang . 

Cuma tolonglah be mature. Kita masing-masing dah besar panjang bukan pakai baju kurung putih ikat tocang dua,tarik beg sekolah barbie , masuk kelas 1A , masuk sekolah kebangsaan blablabla lagi. Hati aku tak tenang tau korang nak istihar perang mcm nie. Tapi aku tak boleh la tarik hidung cubit pipi korang pakse korang suka aku , kalau dah tak suka aku tu takpelah. Aku hormat perasaan masing-masing.


Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.[Riwayat Bukhari & Muslim]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujuuraat:11]

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."[Surah Al-Hujuuraat:12]

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)

Post a Comment

25 Comments

  1. Entah2 gaduh ngan incit pakwe, pastu buat alasan PMS nak emo2 ngan semua orang.. Hoho!

    Sabar jelah Mai, klu orang nak wat kite camtu nak wat cane.. Gasak dorangla, janji kita tak ganggu periuk nasik orang lain.. Chills! ^_~

    ReplyDelete
  2. @Misz Mieza thanks akak :') sabar jelah kan...

    ReplyDelete
  3. sabar aje la cik Mai yg hensem.. opss,Cik Mai yg cantek k.. :)

    ReplyDelete
  4. err PMS tu apa? oh ak noob ckit..Pesatuan muka sakit?? hehe...

    p/s: ak lebih tua dr ko kot, so kne hormat ler kt ak ya...hahahhahaahaha

    ReplyDelete
  5. @Michelle Hopell hehehe kamu nie pandai ye amik hati :P

    ReplyDelete
  6. @leakedknowledge ye la bro..aku kan respect ko nie.hehe

    ReplyDelete
  7. Sbb tu sbr dikatakan separuh dr iman.mmg lahirnya prmpuan jiwanya sgt sensitif.nak x nak trpksa terima.yg pnting kt x bt apa2 yg bt dia rasa trganggu.org nak musuhi kt tnpa sebab x pe.asal kt tau dmana kta brada.tutup mata n abaikan saja.klu ingt, ia akan sakitkn hati kt je.;)

    ReplyDelete
  8. kalo dalam sebulan pms sampai berkali2 yang tue mmg xleh tahan >.<

    ReplyDelete
  9. ai pregnant x emo pun.. Erk? Hahak!

    Suruh dia mkn ubt.. Sgugut terok kot.. Kehkeh.

    ReplyDelete
  10. @zizie tau takpe...pms sepanjang tahun >.<

    ReplyDelete
  11. @mrs mell kak mell kan super sweet.ehehehe..mana layan emo2

    ReplyDelete
  12. maybe org tu mmg berangin2 je sifatnya. hehe.. bestnya mai ckp kitorg super sweet. ;)

    ReplyDelete
  13. jgn biarkan hanya seorang, hidup kita huru hara sedangkan masih ramai yg sayang kamu :D


    ct lau PMS, mmg ase nk lempang org tp xder la nk marah2 orang xtentu pasal..hehehe

    ReplyDelete
  14. Aikk , tak sangka Besar panjang pun gaduh2 gak ekk dgn kawan2.. ingatkan Nurrul aje yg selalu main tarik2 bulu hidung ngn membe.. hewhew :>

    *mm , kalau dah pilih mcm tuh , tak boleh nak kata apa lah , kita just boleh bagi nasihat.. selebihnya pada diri individu sendri.. :)

    ReplyDelete
  15. @Nurrul aikk mana ade gaduh ngan member dik.. member harmoni je.haha.. ni bukan member...senior2 hampeh...

    ReplyDelete
  16. PMS tu apa ? Btw , watlekk watpeacee macam aku:') hehehe..

    ReplyDelete
  17. heheh . PMS . teringat bio .

    takpe Cik Mai , kami sentiasa ada menyokong Cik Mai ni .. uhuhu
    be happy dear

    ReplyDelete
  18. eh cikmai sebaya kita kan. umur cikmai 20 kan.

    ReplyDelete
  19. ingatkan kita sebaya. mnelah kita tahu. hikhik

    ReplyDelete