Tak semua mereka serupa :')



Entry ini ditulis sambil mendengar lagu Biar Sampai Ke Bintang untuk mendapatkan kesan lebih dramatik .

Assalamualaikum.

Sesungguhnya aku tak dapat nak memendamkan lagi perasaan yang aku sangat terkilan dengan pemikiran minda kelas ke-3 (amboi bahasa aku) sesetengah hamba Allah. Terkilan sangat terkilan , bila pendapat mereka-mereka bila dapat tahu kekasih hati aku seorang askar,tentera,army,soldier,dan seumpama dengannya . Sobs sobs .

Kawan 1 - Eh kau kawan ngan mat terap ? Abislah kau nanti depa tu bukan boleh percaya . Boya besar semua.

Kawan 2 - Bf u askar eh? Camne lah U bleh suka macam tu. Eh life diorang tu perempuan dengan arak takleh pisahkan tau.

dan yang paling aku terkilan bila someone...

Makcikjirandepanrumah :- Askar ka? Ni dalam wayang tangan duk merayap dak ni? Dia buat apa-apa dak? Depa ni tak hormat perempuan .

Ingin aku tegaskan disini :')

Firstly aku nak minta maaf , aku buat entry ni bukan sebab nak sebelahkan Akmal dari dimengata,konon bf aku terbaik. Bukan, bukan. Aku nak bukakan mata masyarakat sikit .

Askar ke bukan askar ke, mereka pun manusia . Yang punya hidup , punya Tuhan, punya Ibubapa yang perlu dijaga air muka, punya hidup semacam juga manusia lain.Kenapa orang suka sangat nak pandang serong dekat mereka mereka?

Sedihlah bila pemikiran stereotype manusia nie tak dikawal, sesuka hati memuntahkan kata-kata cercaan , padahal hidup kita sendiri ni pun takdelah sesempurna mana.

Bukan aku tulis entry ni nak menegakkan benang yang basah ke, nak masuk belah bf aku konon aku percaya beliau 100%.

Oh tidak sama sekali , tidak.

Tolonglah sesiapa yang berpikiran prejudis seperti ini, ubah tanggapan anda . Mungkin ada segelintir perangai buruk tapi kenapa nak salahkan semua. Kerana nila setitik , rosak susu sebelanga . Tidak adil bukan :').

Tak kiralah pekerjaan apa sekalipun . Bergaji banyak mana sekalipun . Taraf kita sama disisi Allah , yang meningkat menurun cumalah iman kita. Ujian tetap datang dan pergi untuk menguji sekental mana perasaan dan kecintaan kita kepada Sang Pencipta.

Pergh dah rasa mcm ustazah pulak aku membebel. Tapi itulah point yang aku nak sampaikan. Pekerjaan mereka sebagai tentera tersangatlah boleh diklasifikasikan sebagai sangat mulia , sekurang-kurangnya mereka menyumbangkan sesuatu pada negara. Dan kita? Tepuk dada tanya kaki tangan badan kepala semua anggota badan tu sekali lah.

Dan sebagai pengalaman aku sendiri, dia sangat menghormati aku sebagai pasangan . Tapi aku belum kahwin , so aku takleh cakap lelebih , so aku selalu layan blog sorang akak nie , beliau isteri kepada seorang anggota tentera, aku usha blog beliau nak amik inspirasi, tips-tips dan beliau selalu kongsikan pengalaman , so apa salahnya aku nak cedok sikit pengalaman tu kan :)


Sekian saja potpet aku hari ni. Sebelum undur diri aku nak menyusun jari nak minta maaf ye andai sepanjang aku berblog or entry aku kali nie buat sesiapa terguris hati .

Sebarang bantahan , dijemput memberikan pandangan dengan cara terpelajar di ruangan komen .

Assalamualaikum :) 

Post a Comment

34 Comments

  1. hebat la dpt bf askar...yg mempertahankan negara...kamu mmg kuat mampu tahan semua kritikan tu..sabar ye :)

    ReplyDelete
  2. betul2. xsemua mcm tu.. saya yakin dia seorang y baik. #ceywaahh :D

    ReplyDelete
  3. sabar dik yer...PokCik paham apa yang adik mau sampaikan...alah bior ajer apa orang nak kato...yang ponting adik lobih konal dio dan memahami dio...

    Tontoro ni ado macam-macam orang dik oi...ado yang baik,ado yang dogil, ado yang jahat dan macam-macam lagilah...samo jugak dalam bidang yang lain...yang ponting diri seseorang tu budak nya bidang korjonya...

    Suku sakat PokCik separoh jadi tontoro...baik darat,baik laut dan baik udaro semuo ado ragamnyo....Buleh kato setiap minggu Pokcik keluar masuk kem tontoro(Sobab adik pokcik Tontoro)...dah paham sosangat...

    Yang paling Ponting adik lobih konal si dio dari orang lain. Tu yang ponting....

    Mak ai panjangnya komen PoKcik...k lah sorry komen panjang sangat sobab pokcik suko topik adik ni....

    Kempen Sokong Malaysia jom komen+follow

    ReplyDelete
  4. memang sabar. tapi kadang-kadang kena bersuara jugak , bukan melawan tp menyatakan kebenaran :)

    ReplyDelete
  5. @adi_putra: timo kasih pokcik sebab komen panjang pokcik sedikit sebanyak bg semangat dekat esei .

    esei hargai komen dan kato kato pokcik :)

    @asmieza : heee ... kan as kan..mcm tak adil nak judge orang ikut kerja

    ReplyDelete
  6. hmm.. sabor je la.. mulut orang... mgkin diorg pndang rendah kat tentera. member budak skolah aku ramai je yg dah masuk MTD, masuk UPNM.. tapi ok je diorang bila reunion.... hehehe...

    ReplyDelete
  7. @pha is : tu la , sabor je la... memang ok pun .. cuma pemikiran org je susah nak ubah..prejudis sgt

    ReplyDelete
  8. hye hye . wahh untgnye dpt bf askar . kte terigin gk . hikhik
    btw .. awk nyh kuadd meghadpi cte cte cmtoo . klau kte lahh kn .. dahh bnjir umaa nyh dsbbkn nangis sbb tak than cte cte cmtu . huhu
    btw .. bia lahh ape pun org nak kte psl psgn awk . sbb kte yg menilai psgn kte sndiri dri segi buruk o baik kan . hihi
    ALLAH maha adil . dye takn pasang kan org baik dgn org jahat kan . :) hihi

    ReplyDelete
  9. @hazirah : hihihi nak jugak..carilah , :B

    betul tu awak , kita lebih kenal dia...

    ReplyDelete
  10. dorg ni terlalu over generalization.. tgk keadaan sekeliling pastu ingat sume askar mcm tu.. isk3

    ReplyDelete
  11. nak buat baik ke.. Nak buat jahat ke.. Xbgantung pd kerjaya seseorg. Tp pd keimanan org itu sndiri.. Pikiran org mmg salu di momokkn dgn perkara2 tidak enak dr yg sedap di dengar..


    Eh! Skemanye komen ahkak.. Hahak!

    - askar bnyk benefit.. Dorg jelez la 2.. Kehkeh..

    ReplyDelete
  12. @izara : itu la kesilapan diorang , sbb tu mai nak jelaskan dlm entry ni..huhuhu,sedih2

    @kak mell : betul tu akak ...kalau pandai jaga diri , keje ape pun takde masalah, yg pnting halal.

    hihik... skema akak ye :B

    ReplyDelete
  13. sabar je la cikmai. mulut orang kita tak boleh nak tutup kan. cakap kat dorang tu, dorang patut sedar. dorang tu manusia, bukan ALLAH sampai tahu semua benda. jangan kita suka sangat nilai orang sampai kita tak sedar yg kita merasakan kita hebat macam Allah. dosa tanpa sedar tu. konpem terdiam semua. hihi

    #sedangkan manusia tak kenal diri sendiri, macam mana mereka dapat kenal diri org lain. fikirkan lah. :)

    ReplyDelete
  14. @gadis : terpegun baca komen gadis. betul tu gadis..tapi dunia sememangnya penuh dgn judgemental people.

    ReplyDelete
  15. Tk semua askar tk baik..biasa la mlut org mmg tk blh dtutup..yg pnting kta tau dia cmne..

    ReplyDelete
  16. salam... tabah ye adik mai...
    abg yakin kamu seorg yg kuat...
    bgus cara kamu ni..
    biar bukak sgala-gala mata dlm diri dorg....
    jgn nilai dri segi luaran shaja....
    :)

    ReplyDelete
  17. nak tau boye ke tak
    tgk pas kawen nanti

    semua lelaki berpotensi jadi boye kot wakakaka .. bukan askar ja

    ReplyDelete
  18. @budak comel : haha,cikmoi pon boleh...

    @teratak hati : betul tu kak...

    @are-tulk : betul tu abg amir, kadang2 geram tp apa boleh buat...

    @tanpanamader : ye ke..haish ni seram nih

    ReplyDelete
  19. uihhh..sedapnya mulut depa dok kata askar mcm 2.sob3..x suma mcm 2 la..pnh da pngalaman dgn askar dlu..huhu

    ReplyDelete
  20. sama je semua. tak kira lah keja ape pun. tak yah ambik pot sgt ngn kata2 org ye mai. as long mai kenal sape si dia. :)

    ReplyDelete
  21. @umi : eh eh , pernah ade pengalaman?tak cite punnn..heeee

    @chic na : betul tu awak :')

    ReplyDelete
  22. paksu saya askar..baik je..pompuan pon tak pandang..hurm..mulut org kak..suke hati deme je nak kate ape..tak pikir perasaan org lain..kena batang hidung sendri baru tw..huhu.. papepon..chill la kak..pedulikan semua tu..yag penting akak hepy :D

    ReplyDelete
  23. heheheh... kita pijak nila setitik tu.. amacam?

    ReplyDelete
  24. hazdnul : yeahh penting happy kan :))

    romeo laut : hahakz.. jom pijak nila tu jangan kasi cemar susu

    ReplyDelete
  25. Cool ape pakwe askar, orang takut sikit. Hihi. Alaaa kak buat tak tahu jer dengan orang yang duk mengata tu. Diorang tak berada kat tempat kita so diorang tak tahu. Lagipun askar zaman sekarang bukan macam askar zaman dulu k. Mentaliti orang kitaaaa......

    ReplyDelete
  26. @liyanaizzati: kan, agak la mentaliti tu bnyk lg kena improve.

    @shedameor : yeahhh cool selalu :P

    ReplyDelete
  27. memang dunia penuh dgn orang macam tu. sedangkan kita pun mcm tu kan. bezanya, tak payah la dok canang sana sini. kita pun belum tentu baik nak ckp org itu ini. kesian dekat cik abang awak tu. cikmai kena kuat. ok :)

    ReplyDelete
  28. @gadis : mai okey..ksian dia je..huhu

    ReplyDelete
  29. mulut orang tak boleh nak tutup.tak pe la dik.yang penting kita dah kena hati bf kita mcm mana kan :)

    ReplyDelete
  30. nice entry, like.
    pnh kwn 2 minggu dengan polis je.. askar xde pengalaman... tp byk jugak dgr rumours yg x bek cmni...

    ReplyDelete
  31. @nik rosmawati : betul cakap akak ..

    @luvida : rumours mmg takkan berhenti tersebar selagi mulut2 busuk tak tertutup..huhu

    ReplyDelete
  32. Hahahaa..mat tiarap

    ReplyDelete